Khamis, 24 Jun 2010

Selamat Sampai

semalam aku berangkat dari lcct kuala lumpur, penerbangan air asia ke kota bandung...

bersamaku dalam perjalanan ini avroco, kami hanya bersama setakat di lapangan terbang. sebab avroco naik flight sebelah malam, dan penerbanganku pd sebelah petang.

aku sekarang di jawa barat, dalam pengaruh budaya sunda. aku sampai di bandara bandung, di sambut Pak Alak dari Jatiwangi Art Factory (klik sini http://jarf2010.blogspot.com/) dan kawan2 seniman dr singapura yang sudah dua jam menunggu. dan kamipun bergerak ke jatiwangi, sebuah desa di daerah Majalengka dan kotanya yg berusia 500 tahun. jaraknya sekitar 100km, tapi jarak perjalanannya kerana macet (jalan kecil di lereng2 bukit) mengambil masa 3 jam. tapi oleh kerana ada kemalangan di atas jalan berusia 220 tahun itu, jaraknya menjadi lebih lama, hampir 5 jam di jalan.

sampai di JAF, disambut Pak Arief, ketemu terlalu ramai org yg aku masih lagi ingat namanya. mendapat berita avroco selamat sampai dan bermalam di bandung.

kemudian aku diserahkan kpd keluarga angkatku Pak Umi, pulang ke rumahnya di jatisura, nongkrongan hingga hujan jam 4 pagi.

dan aku tidur dalam hangat anggur.

belum ada gambar, kerana aku tak ada kamera. tapi aku teringat kata2 yg aku sudah lupa puncanya, if u've to loose sumthin, the best place to keep it, is to keep it in ur memories, mungkin dialog watak bekas sukarelawan yg dibawa adman salleh dlm telemovie arahannya juga, sumbangsih.